Connect with us

Oh! Media

Tertidur Ketika Sedang Bersantai, Lelaki Hanyut Selama 19 Jam Di Tengah Laut

Ohmedia ateyn Featured Image 34

Trending

Tertidur Ketika Sedang Bersantai, Lelaki Hanyut Selama 19 Jam Di Tengah Laut

Pada 7 Julai seorang lelaki di New Taipei telah berdepan detik cemas apabila dia hanyut di dalam laut selama 19 jam.

Menerusi laporan Oditty Central, dalam kejadian itu difahamkan lelaki tersebut telah dijumpai oleh bot nelayan yang ketika itu sedang menuju ke pelabuhan New Taipei.

Pada awalnya, mereka terlihat satu objek aneh di tengah laut dan mereka cuba mendekati objek tersebut. Ternyata ia adalah seorang lelaki yang memakai pelampung bewarna warni.

IKLAN

Mangsa yang sudah berusia 58 tahun itu kelihatan lemah dan tidak bermaya ketika ditemui.

Dalam video yang telah tular, mendapati kru tersebut cuba menyelamatkan mangsa dengan menariknya ke dalam bot sebelum dibawa ke pelabuhan.

Mangsa mendakwa dia cuba menjerit meminta pertolongan tetapi tiada yang mendengarnya, dan dia telah hanyut sepanjang malam sehingga ditemui oleh bot nelayan tersebut.

Mangsa memberitahu penyelamat bahawa dia ingin menyejukkan diri selepas selesai bekerja, ombak laut menyebabkan dia tertidur dengan nyenyak ketika sedang bersantai. Ketika terjaga dari tidur, mangsa mendapati dia sudah jauh di tengah laut.

Lelaki Taiwan itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, dan setelah diperiksa dia tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

Ohmedia ateyn Featured Image 34

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas