Connect with us

Oh! Media

“Tersentap Sekejap Diri Ini” – Respon Sheikh Muszaphar Bila Ujian Lisan SPM Tanya Pasal ‘Perkahwinan Idaman’

Soalan Spm

Trending

“Tersentap Sekejap Diri Ini” – Respon Sheikh Muszaphar Bila Ujian Lisan SPM Tanya Pasal ‘Perkahwinan Idaman’

Kecoh di media sosial apabila ibu bapa dan pelajar meluahkan rasa kecewa dengan soalan ujian lisan SPM. Difahamkan, ada pelajar yang mendapat soalan mengenai tema perkahwinan idaman.

BACA: Gadis Ini Buktikan SPM Teruk dan Gagal Masuk IPTA Bukan Halangan Sambung Master, Asalkan Jangan Give Up

Hal ini ternyata mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Iyalah, mana relevannya budak 17 tahun ditanya soalan macam itu kan?

IKLAN

Ujian lisan SPM tanya tema perkahwinan idaman?

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut meluahkan rasa kecewa dengan tajuk yang diberikan itu. Jelasnya ada banyak lagi topik lain yang boleh dibincangkan antaranya pandemik COVID-19 , keberkesanan PDPR , manfaat gajet dan sebagainya.

Dr Sheikh Muszaphar kecewa

Meninjau ke ruangan komen, ada individu menjelaskan topik-topik yang disenaraikan itu turut ada terutamanya e-sukan, nanotechnology dan PAK21.

Whatsapp image 2022 02 12 at 102118 am

Tapi, ada juga pelajar menganggap soalan seperti itu meransang dirinya berfikir di luar kotak. “Saya sebagai salah seorang calon SPM berasa soalan seperti itu adalah bernas. Perkara tersebut meransang murid untuk berfikir di luar kotak dan dalam masa yang sama murid dapat berfikir dengan cara yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini” katanya.

Kredit: Twitter Saiful Nizam | IG Dr Sheikh Muszaphar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas