
Trending
Tersebar Video Mesra Jofliam Dan Pekerja Sendiri, Siap Panggil ‘Sayang’?
Nama usahawan pizza wagyu, Jofliam sehingga kini masih hangat diperkatakan susulan isu cerai dengan pempengaruh, Cik Epal.
Terbaru, tular pula di media sosial rakaman video menunjukkan kemesraan Jofliam bersama seorang wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Dewi.
Tersebar video mesra Jofliam dan Dewi, siap panggil sayang
Dalam video berkenaan, Jofliam dilihat merakam Dewi sambil memuji wanita berkenaan yang kelihatan cantik.
Lebih mengejutkan, usahawan berkenaan memanggil pekerjanya itu dengan panggilan ‘sayang’. Selain video, tersebar juga video menunjukkan Dewi bersama anak-anak Jofliam iaitu Han dan Yuki.
Perkongsian asal video dan gambar privasi usahawan ini dipercayai diperoleh daripada kumpulan Telegram.
Jofliam lapor SKMM

Pada pagi ini, Jofliam difahamkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @amethystsiamantis
