Connect with us

Oh! Media

Dewi Akan Lawan Cik Epal Habis-Habisan, Tegaskan Yang Kenyataan Dalam Podcast Benar Belaka

Ohmedia img 7087

Oh! Artis

Dewi Akan Lawan Cik Epal Habis-Habisan, Tegaskan Yang Kenyataan Dalam Podcast Benar Belaka

Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud kini menjadi perhatian apabila dirinya memfailkan saman fitnah terhadap bekas pekerja Jofliam iaitu Dewi. 

Langkah ini diambil susulan tiada permohonan maaf daripada pihak Dewi selepas isu panas antara mereka bertiga mula diperkatakan.

Dewi tampil beri respon tegas

Dewi

Tidak mendiamkan diri, Dewi akhirnya tampil membuat kenyataan di Instagramnya dan menegaskan dia tidak akan menyerah kalah.

IKLAN

Saya ingin tegaskan, apa yang saya katakan di dalam podcast kelmarin benar belaka. Saya berdoa kebenaran akan terungkai.

Dewi juga berharap kes ini tidak berhenti separuh jalan dan berjanji akan mempertahankan dirinya habis-habisan kerana yakin dirinya tidak bersalah.

Kenyataan dalam podcast jadi isu

Img 7089

Konflik antara Cik Epal, Jofliam dan Dewi mula mencetuskan perhatian apabila Dewi membuat pendedahan dalam sebuah podcast sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut didakwa mengandungi unsur fitnah yang menjadi sebab Cik Epal memfailkan saman terhadap Dewi.

#OhmediaNasihat

Hati-hati ketika mengeluarkan kenyataan di media sosial atau platform umum. Fitnah bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik, tetapi juga membawa implikasi undang-undang. Dalam situasi konflik, jalan terbaik adalah berdamai atau menyelesaikan secara profesional tanpa membuka ruang untuk spekulasi dan salah faham.

Ohmedia img 7087

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas