Trending
Tersebar Gambar Orang Ramai Serbu IKEA Pada Hari Terakhir Sebelum Operasi Ditamatkan
Seperti yang dijangkakan, lebih banyak syarikat terkemuka dari Eropah akan menutup operasi mereka di Rusia. Terkini, tersebar pula gambar rakyat Rusia di Twitter yang berpusu-pusu mendapatkan barangan perabot di IKEA.
Syarikat barangan perabot dan kelengkapan rumah dari Sweeden itu memutuskan untuk menutup semua 17 cawangan mereka di Rusia. Ini bermakna, selagi peperangan tercetus antara Rusia dan Ukraine, IKEA tidak akan dibuka lagi di sana.
Penutupan IKEA ini merupakan kali pertama dilakukan sejak 22 tahun ia beroperasi. Disebabkan itu, rakyat Rusia dilihat tidak melepaskan peluang untuk menlakukan pembelian kali terakhir di IKEA.
Situasi ini dapat dilihat dari gambar-gambar yang dikongsikan di Twitter.




Inter IKEA Group dalam satu kenyataan rasmi menyatakan peperangan yang tercetus memberi kesan kepada manusia dan juga mengakibatkan gangguan serius kepada rantaian bekalan dan keadaan perdagangan.
Atas semua sebab ini, kumpulan syarikat telah memutuskan untuk menghentikan sementara operasi IKEA di Rusia. – Kata mereka.
Lebih teruk adalah nasib pekerja IKEA di Rusia yang dilaporkan seramai 15,000 orang akan terjejas.
#Russia Giant queues during the last day when @IKEA in Moscow is open.
— Hanna Liubakova (@HannaLiubakova) March 3, 2022
Surely. The most important thing is a new chair when the leadership of your country launched a deadly war pic.twitter.com/AWjpqu4HG4
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM