Connect with us

Oh! Media

Terlepas Kes Rompakan, Dua Polis Dipecat Kerana Sibuk Buru ‘Pokemon’

polis

Trending

Terlepas Kes Rompakan, Dua Polis Dipecat Kerana Sibuk Buru ‘Pokemon’

Kejadian di Los Angeles, Amerika Syarikat, dua anggota polis dilucutkan jawatan kerana tidak menjalankan tugas ke atas satu panggilan rompakan dan lebih memilih untuk memburu ‘Pokemon.’

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kehidupan Lelaki Ini Berubah Selepas Bermain Pokemon Go

Menerusi laporan Kosmo, polis bernama Louis Lozano dan Eric Mitchell dikatakan sedang memandu di kawasan Los Angeles pada April 2017 bagi memburu Pokemon menerusi permainan Pokemon Go di telefon pintar.

Kedua-duanya tak endah akan kes rompakan

polis

Kedua-dua polis tersebut didakwa tidak peduli akan panggilan dari sebuah premis jualan berkaitan dengan kes rompakan dan memilih untuk ke lokasi lain bagi mengejar Pokemon. Perbuatan mereka ini ditangkap selepas perbulan mereka dirakam dalam rakaman dalam kereta peronda.

Pegawai Mitchell memberitahu Lozani bahawa Snorlax tiba-tiba muncul.

Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul.

Kedua-dua polis tersebut telah didakwa atas beberapa kesalahan dan menafikan alasan mereka gagal bertindak ke atas panggilan kes rompakan adalah kerana bermain Pokemon Go.

Memang dulu permainan Pokemon Go ni menjadi perhatian orang ramai, dan bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa juga turut bermain sama untuk mencari Pokemon. Harap lepasni permainan ni dah tak relevan lah, takut pulak kalau ada yang lebih pentingkan cari pokemon daripada jalankan tanggungjawab kerja yang sepatutnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas