Connect with us

Oh! Media

Terlalu Sibuk Punca Zizan Razak Belum Sempat Bertemu Jodoh

Ohmedia zizan Razak

Oh! Artis

Terlalu Sibuk Punca Zizan Razak Belum Sempat Bertemu Jodoh

Pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak memaklumkan dia juga berhasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti rakan-rakan artis yang lain.

Menurut Zizan, oleh kerana jadual kerjanya yang padat dia tidak mempunyai masa untuk bercinta malah dia juga jarang berjumpa dengan ibunya sendiri.

Walau bagaimanapun, pelawak yang berumur 39 tahun itu berkata mungkin rezekinya untuk bertemu dengan jodoh belum tiba jadi Allah berinya rezeki yang lain dahulu.

IKLAN

Sudah pasti saya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga macam kawan-kawan lain, saya juga ada nafsu.

Setiap kali masuk sahaja tahun baharu, jadual kerja saya akan penuh dan padat sehingga hujung tahun. Jadi, nak bercinta pun tak sempat.

Kadang-kadang mak saya tunggu saya balik kerja untuk jumpa sekejap, dengan mak pun saya jarang jumpa disebabkan kerja.

Zizan Razak

Zizan ditemui ketika malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang diadakan di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Tambahan, Zizan turut menyatakan dia sukar untuk bertemu dengan pasangan yang boleh memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Keria saya bukan semua orang faham, balik tiga empat pagi. Siapakah bakal isteri yang boleh faham kerjaya saya ini sebagai pelawak. Saya banyak fikirkan orang, bukan mahu diri saya sahaja yang sempurna.

Tetapi saya mahu dia juga menjadi seorang yang sempurna. Kalau saya diberi peluang untuk berkenalan dengan seseorang, saya akan beritahu dia kerjaya saya bagaimana yang sebenarnya.

Depan TV saya memang kelakar, tetapi di belakang, saya adalah orang yang sangat serius. Orang tidak ramai tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila. Hanya kerana ada kelebihan buat lawak, selainya sperti orang biasa.

Saya takut tanggapan bakal isteri tidak sama seperti saya di dalam TV. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak, perlu terima saya luar dan dalam. Disebabkan saya banyak fikir pasal jodoh, saya ambil keputusan untuk fokus dulu pada kerjaya.

Sebelum ini, Zizan Razak pernah terpalit dengan spekulasi mempunyai hubungan istimewa dengan penyampai berita, Hawa Rizwana.

BACA: Hawa Rizwana Hanya Anggap Abang, Zizan Razak Kata Dia Tak Pernah Mengurat Pun

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas