Connect with us

Oh! Media

Terkurung Tiga Jam Dalam Van, Seorang Kanak-Kanak Austisme Meninggal Dunia

Trending

Terkurung Tiga Jam Dalam Van, Seorang Kanak-Kanak Austisme Meninggal Dunia

Austisme adalah sejenis simptom membabitkan kecacatan perkembangan disebabkan gangguan neurologi yang mempengaruhi fungsi normal otak.

ADVERTISEMENT

BACA: Pintu Rumah Keluarga Terjangkiti Koronavirus Dipaku Dan Dibiarkan Terkurung Hingga Mati

Ia dikatakan berpunca daripada isu genetik atau keturunan dan trauma ketika kelahiran seperti pendarahan, pembedahan serta oksigen tidak mencukupi hingga memberi impak terhadap otak.

Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Ia juga merupakan anugerah yang hadir dengan pelbagai cabaran dan memerlukan bantuan atau sokongan kepada mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlulah memastikan anak mereka yang menghidap penyakit itu sentiasa dilindungi serta memberikan sokongan bagi menjalani kehidupan seharian.

Kanak-kanak Austisme terkurung dalam van

Namun, terdapat sebuah kejadian yang menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan austisme meninggal dunia selepas terkurung dalam van selama tiga jam.

Menurut Harian Metro, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kejadian di hadapan rumah seorang pemandu van di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Menurut pemandu van, dia tidak menyedari mangsa berada di dalam kenderaan itu sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian mangsa berumur 8 tahun pada jam 7.46 malam tadi.

Tak sedar mangsa masih berada dalam van

Tambahnya, mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan, namun pemandu van pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van.

Mangsa mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman, oleh pemandu van berkenaan, tetapi lelaki ini pulang ke rumah tanpa menyedari kanak-kanak itu masih berada di dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim

Hasil maklumat dari pemandu van, dia yang tidak menyedari telah meninggalkan mangsa antara 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumahnya.

Mangsa hanya ditemukan 5.30 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Mohd Said berkata, pemandu berusia 34 tahun itu ditahan dan pihaknya akan memohon perintah reman terhadap lelaki tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas