
Trending
Terkini! Waris Mangsa MH17 Akhirnya Dapat Jawapan Selepas 11 Tahun
Tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014 kini kembali menjadi tumpuan dunia apabila Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden menyayat hati itu.
Menurut laporan mStar, keputusan itu disambut dengan emosi bercampur-baur oleh waris mangsa, yang selama ini menuntut jawapan dan keadilan terhadap insiden yang meragut 298 nyawa tidak berdosa.
Belanda tuntut keadilan, pampasan dalam pertimbangan

Dalam satu kenyataan rasmi, Kerajaan Belanda memaklumkan bahawa ICAO kini sedang menilai bentuk pampasan yang wajar diberikan kepada keluarga mangsa.
Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp juga tampil bersuara mengenai perkara ini.
Keputusan ini memberi mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa yang sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan.
Tragedi MH17, luka yang masih berdarah

Untuk rekod, pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki, sebelum terhempas di kawasan konflik di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.
Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh dalam tragedi ini, termasuk rakyat Malaysia.
