Connect with us

Oh! Media

Terkini: Wanita Dera Budak Dengan Batang Penyapu Direman 7 Hari, Rumah Disita

Ohmedia wanita dera kanak kanak

Trending

Terkini: Wanita Dera Budak Dengan Batang Penyapu Direman 7 Hari, Rumah Disita

Mesti ramai nak tahu apa info terkini tentang kes tular mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Alia yang didera wanita berambut pink dengan menggunakan batang penyapu tu kan?

BACA : Tular Video Wanita Rambut Pink Dera Budak Dengan Batang Penyapu Buat Netizen Geram!

Menurut laporan Astro Awani, seramai 11 individu telah diambil keterangan oleh pihak polis dalam kejadian kes dera di sebuah rumah di Beranang, Kajang pada Isnin lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

IKLAN

Seramai 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini, perkara lain masih dalam siasatan.

Walaubagaimanapun, seorang wanita tempatan bersama suaminya yang merupakan warga Singapura telahpun ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Bukan tu jer, rumah mereka juga dikatakan telah disita pihak polis. 

Untuk info, mangsa yang didera itu merupakan anak angkat kepada pasangan itu yang dijaga sejak dari April 2022 selepas ibu kandungnya dikatakan tidak mampu untuk menjaganya. 

Mesti ramai yang geram lepas tengok video adik tu kena dera kan? Apapun, sabar dan biar pihak berkuasa yang bertindak dan menjalankan tugas mereka.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas