Trending
Terkini! Polis Tahan Seorang Pekerja Kedai Pajak Gadai, Gelang Norshamira Dirampas
Seorang pekerja kedai pajak gadai telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui mati di tepi Sungai Kuantan pada Rabu lalu.
Menurut laporan Kosmo, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi semalam di sebuah kedai pajak gadai di Kuala Terengganu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.
Lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 22 Februari ini bagi membantu siasatan.
Barang kemas Norshamira dirampas

Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan ini dipercayai berpunca daripada samun barang kemas milik mangsa. Polis juga telah berjaya merampas gelang emas yang dipercayai milik mangsa daripada kedai pajak gadai tersebut.
Modus operandi suspek adalah dengan membuat pesanan barang jualan daripada mangsa sebelum kejadian berlaku.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM