Connect with us

Oh! Media

Terkini! Kelibat Marissa Dania Dan Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah

Aslam Marissa Dania mahkamah

Trending

Terkini! Kelibat Marissa Dania Dan Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah

Pasangan yang sering jadi perhatian netizen, Ahmad Aslam dan Marissa Dania, sekali lagi mencuri tumpuan apabila prosiding pengesahan nikah mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan.

Menurut laporan mStar, Aslam berkata yang penangguhan itu berlaku disebabkan isu teknikal berkaitan borang pengesahan pernikahan luar negara.

IKLAN

Ada masalah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk kemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.

Hormati prosedur mahkamah, peguam ambil alih

marissa dania

Walaupun enggan mengulas lanjut, Aslam memaklumkan semua dokumen telah diserahkan kepada peguam, dan pihaknya kini hanya menunggu proses selanjutnya.

Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawabkan.

Marissa Dania hanya berdiam diri

Abby Abadi Marissa Dania

Turut hadir di mahkamah ialah Marissa Dania yang berjalan seiringan dengan suami, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Kedua-dua mereka mengenakan pelitup muka dan meninggalkan kawasan mahkamah selepas berada selama kira-kira satu jam dalam dewan bicara.

Pssttt! Perkahwinan adalah satu amanah besar, bukan hanya tentang cinta tapi juga tanggungjawab. Pastikan semua dokumen penting disediakan dengan betul agar urusan pernikahan berjalan lancar dan mengikut undang-undang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas