Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih PMO” – Dua Warga Malaysia Jadi Mangsa Sindiket Kerja Di Myanmar Berjaya Diselamatkan

Trending

“Terima Kasih PMO” – Dua Warga Malaysia Jadi Mangsa Sindiket Kerja Di Myanmar Berjaya Diselamatkan

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara melibatkan beberapa remaja Malaysia yang ditawarkan dengan gaji lumayan untuk bekerja di luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tumpas, Pelajar Tingkatan Lima Antara Ditahan

Penipuan tersebut telah menyebabkan beberapa remaja Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan terkandas di negara seperti Myanmar, Laos dan Kemboja.

Lebih teruk lagi, apabila mereka dikatakan didera dengan dipukul serta tidak diberikan makanan yang cukup sepanjang terkandas di sana.

Dua remaja terkandas di Myanmar berjaya diselamatkan

Terbaru, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim tampil memuat naik satu video mengenai dua orang remaja yang terkandas di Myanmar selepas terpedaya dengan sindiket tersebut.

@ihishamuddinhashim

Pihak MHO telah hadir ke pejabat perdana menteri di Putrajaya untuk berjumpa dengan En. Farhan Fauzi (Setiausaha Politik), En. Abdul Razak Sharif (Pegawai Perhubungan Antarabangsa) dan wakil dari wisma putra bagi membincangkan isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.

♬ original sound – Hishamuddin Hashim

Menerusi perkongsiannya itu, Hishamuddin menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam usaha membawa pulang dua warganegara ini terutama sekali kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu pantas bertindak.

Assalamualaikum, hari ini kita berada di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang mana sebelum ini kita menghantar video meminta bantuan kepada PM Malaysia berhubung kes dua orang ibu ini yang anak mereka diperdagangkan dan diperangkap di Myanmar ditipu oleh sindiket job scam.

Kita telah membuat video merayu kepada PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu untuk membantu anak kepada dua orang puan ini dan Alhamdulillah video itu telah sampai kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hishammuddin juga memaklumkan bahawa dua remaja yang terkandas itu telah berjaya diselamatkan dan kini berada di tempat yang lebih selamat dan sedang dalam proses untuk pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah dengan bantuan daripada semua pihak, bantuan daripada pejabat PMO, kerajaan Malaysia, kedutaan Malaysia di Thailand, bantuan daripada pihak polis akhirnya anak kepada kedua-dua akak ini telah diselamatkan dan berada di tempat yang lebih selamat.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas dibuat Kerajaan Malaysia dalam usaha membantu membawa semula dua orang remaja itu untuk pulang dengan selamat.

Kredit: TikTok ihishamuddinhashim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas