Connect with us

Oh! Media

Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tumpas, Pelajar Tingkatan Lima Antara Ditahan

Pelajar 17 tahun antara yang ditahan sindiket penipuan lesen kereta

Trending

Sindiket Penipuan Lesen Memandu Tumpas, Pelajar Tingkatan Lima Antara Ditahan

Dua individu berjaya diberkas pihak polis selepas didapati terlibat dengan sindiket penipuan lesen memandu secara dalam talian pada Sabtu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tuang Sabun Dalam Kolam Sebab Content? 8 Remaja Ditahan Polis Bantu Siasatan

Menerusi laporan Sinar Harian, pelajar Tingkatan Lima tersebut ditahan selepas satu serbuan dilakukan pihak polis di sebuah rumah di Durian Tunggal.

Menurut Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Musa Marsidi, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM490 selepas berurusan dengan suspek kerana mahu memperoleh lesen memandu tanpa melalui proses Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Selasa lalu.

Sindiket melalui iklan di Facebook

Mangsa dikatakan telah terpedaya dengan satu iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan khidmat pembuatan lesen memandu tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.

Mangsa kemudian menghubungi nombor tertera melalui aplikasi WhatsApp dan dalam urusan tersebut, mangsa dijanjikan lesen memandu dengan bayaran RM490.

Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat suspek masih meminta bayaran tambahan daripada mangsa dengan pelbagai alasan. Curiga dengan tindakan suspek, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis

Individu berusia 17 tahun antara ditahan

Menurut Superintenden Mohamad Musa Marsidi lagi, serbuan yang dilakukan jam 10.05 malam itu berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur 17 dan 22 tahun dipercayai terlibat dalam penipuan tersebut.

Beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses lesen palsu tersebut turut dirampas pihak polis.

Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas