Connect with us

Oh! Media

Terbongkar! Rumah Bekas Panglima Tentera Penuh Barangan Mewah Bernilai RM11.4 Juta

Sprm Tahan Pegawai

Trending

Terbongkar! Rumah Bekas Panglima Tentera Penuh Barangan Mewah Bernilai RM11.4 Juta

Terbongkar rumah bekas Panglima Tentera penuh barangan mewah termasuk wang tunai, jongkong emas dan jam bernilai RM11.4 juta.

Terbaru! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pendedahan mengejutkan mengenai bekas Panglima Tentera Darat (PTD) yang kantoi memiliki barangan bernilai jutaan ringgit.

Memetik laporan Berita Harian, barangan mewah tersebut dijumpai ketika SPRM menyerbu dua kediaman termasuk satu yang dipercayai digunakan secara sulit di Kuala Lumpur.

BACA: Bekas Panglima Tentera Darat Ditahan SPRM Bersama Dua Isteri

IKLAN

Turut diserbu ialah sebuah rumah lain di Besut, Terengganu yang turut menyimpan pelbagai barangan berharga dan aset mewah.

Dari wang tunai ke jongkong emas, SPRM rampas segalanya

Panglima Tentera

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, nilai keseluruhan rampasan mencecah RM11.4 juta, termasuk wang tunai dan barangan mewah.

SPRM turut menyita wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta, satu unit kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000 dan 26 unit jam bernilai RM2.3 juta.

Selain itu, SPRM merampas barang kemas bernilai RM294,039.90, dua cincin berlian bernilai RM20,000, jongkong emas seberat 3.7 kilogram bernilai RM2.5 juta, medalion emas 150 gram bernilai RM102,000 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram bernilai RM5,780.

Ptd 2
Foto NSTPMohd Fadli Hamzah

Bukan itu sahaja, SPRM turut membekukan sebanyak 75 akaun syarikat milik individu terbabit yang bernilai RM32.5 juta.

Pssttt! Rampasan luar biasa ini memberi gambaran jelas bagaimana kuasa dan jawatan boleh disalah guna untuk mengumpul kekayaan luar jangka. Semoga siasatan menyeluruh dapat membawa keadilan dan menjadi pengajaran buat semua agar amanah rakyat tidak dijadikan peluang untuk hidup mewah secara haram.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas