Connect with us

Oh! Media

Terbiar Selama 28 Tahun, Highland Towers Bakal Dirobohkan

Highland Towers Dirobohkan

Trending

Terbiar Selama 28 Tahun, Highland Towers Bakal Dirobohkan

Sebut sahaja Highland Tower pasti sudah ramai tahu mengenai bangunan terbiar itu yang penuh dengan ‘cerita mistik’. Bukan sahaja penduduk di sekitar kawasan berkenaan tetapi masyarakat lain juga berasa takut jika mengetahui ura-ura kisah bangunan terbiar itu.

Dilaporkan Kondominium Highland Towers yang terbiar selama 28 tahun itu bakal dirobohkan tidak lama lagi, lapor akhbar Harian Metro.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas merasmikan sebuah kempen. Lawatan kerja sudah dilakukan di tapak kondominium tersebut pada Selasa lalu sebelum proses seterusnya dilakukan.

IKLAN

Syukur Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan tapak sudah boleh dibersihkan dan bangunan dirobohkan

Tambahnya, keputusan seperti ini pasti memberikan ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampiran bangunan terletak di Taman Hillview, Hulu Kelang itu. Pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk memulakan aktiviti pembersihan kawasan itu.

Menurut sumber, kerja-keraja perobohan bangunan dan pembersihan kawasan tersebut akan dilakukan selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan.

Projek pembangunan yang sesuai dengan kawasan tersebut akan dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada

Terdahulu, Highand Towers yang dibina pada tahun 1974 dikenali dengan satu tragedi runtuhan satu daripada tiga blok bangunan kondominium pada 11 Disember 1993. Tragedi tragis itu telah  meragut 48 nyawa dan hanya tiga mangsa sahaja yang berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut.

Doktor cantik

Sejak itu, bangunan berkenaan jadi terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang menyebabkan penduduk sekitarnya kurang senang.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Faacebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas