Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Bincang Dengan KWSP, Mudahkan Pengeluaran RM10k

Trending

Tengku Zafrul Bincang Dengan KWSP, Mudahkan Pengeluaran RM10k

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan berita yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia iaitu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10K – Ismail Sabri

Orang ramai akhirnya menarik nafas lega apabila suara dan rayuan mereka yang tersepit akibat pandemik didengari kerajaan.

Kerajaan bagaimanapun merayu para pencarum mengekalkan wang simpanan kecuali jika keadaan benar-benar mendesak.

Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata butiran terperinci mengenai pengeluaran khas itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau juga telah berbincang dengan KWSP untuk memudahkan pengeluaran khas seperti yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas kemudahan yang diberikan. Mereka berharap kriteria pengeluaran longgar serta memudahkan rakyat.

kwsp

Sama-sama kita nantikan butiran terperinci selepas ini. Diharapkan orang ramai dapat guna kemudahan pengeluaran dengan sebaiknya.

Kredit: Facebook Tengku Zafrul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas