Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10K – Ismail Sabri

ismail sabri

Trending

Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10K – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Tengku Zafrul Beri Bayangan Tiada Lagi Pengeluaran Wang KWSP

Setelah mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak, kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP itu, lapor Awani.

Penjelasan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP

ismail sabri

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ismail Sabri menyatakan kerajaan terpaksa membuat keputusan yang sukar ini kerana KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Pengeluaran ini juga merupakan jalan tengah untuk seimbangkan keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan.

Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Semoga dengan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini dapat meringankan beban rakyat buat masa ini. Gunalah wang yang bakal dikeluarkan itu dengan sebaik-baiknya okay!

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas