
Trending
“Mungkin Lupa Pernah Kongsi Nasi Beriyani Ayam Pada 2016” – Firdaus Wong Sindir Thanuja
Firdaus Wong tampil beri teguran pedas terhadap kenyataan Thanuja Ananthan yang persoal isu sembelihan haiwan.
Baru-baru ini, bekas ratu cantik Malaysia Thanuja Ananthan mengundang pelbagai reaksi selepas mempersoalkan tindakan menyembelih haiwan di musim perayaan.
Kenyataan itu dipertikai orang ramai termasuk pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung, yang tampil memberi teguran terbuka terhadap selebriti tersebut.
“Saya bimbang akan kesihatan mentalnya”

Menerusi hantaran di media sosial, Firdaus Wong menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan mental Thanuja selepas kenyataan yang dilihatnya sebagai tidak konsisten dan mengelirukan.
Melihat kepada komentar dari Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya dan menyarankan Thanuja Ananthan untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Beliau turut memetik contoh perkongsian lama Thanuja yang pernah menikmati nasi beriyani ayam sekitar 2016 dan ikan salmon pada awal tahun ini.
“Mungkin simptom dementia atau KKS?”
Menurut Firdaus, kenyataan Thanuja menimbulkan persoalan sama ada beliau mengalami simptom dementia ataupun sekadar mencari perhatian.
Atau sebenarnya saudari bukan menghidap simptom dementia tetapi simptom KKS iaitu Kurang Kasih Sayang lalu mendambakan perhatian?
Sindiran tersebut jelas menunjukkan rasa kecewa Firdaus terhadap komentar Thanuja yang dianggap tidak sensitif, lebih-lebih lagi dalam konteks sambutan Aidiladha oleh umat Islam.
Netizen juga tak puas hati

Ramai netizen turut menyelar kenyataan Thanuja yang dilihat berat sebelah dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Mereka juga mengingatkan bahawa dalam masyarakat majmuk, soal menghormati kepercayaan dan amalan agama orang lain sangat penting.
Pssttt! Hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia kenalah saling hormat menghormati kan? Ke baru lahir semalam?
Kredit: Instagram Firdaus Wong
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
