Connect with us

Oh! Media

‘Takyah Nak Buat Palatou’ – Dakwaan Rentas Negeri, Instafamous Beri Respon

Trending

‘Takyah Nak Buat Palatou’ – Dakwaan Rentas Negeri, Instafamous Beri Respon

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa orang instafamous didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk merentas negeri menghadiri majlis perkahwinan rakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Warganet Persoal Macam Mana Satu Geng Influencer Ni Boleh Rentas Negeri Pergi Majlis Kahwin

Bertindak di atas aduan orang awam, pihak polis sedang menyiasat kes mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat).

BACA: Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Rakan, Polis Kini Mengesan Beberapa Individu ‘Instafamous’

Susulan daripada itu, instafamous yang dikenali sebagai Ammar Azizzan tampil memberi respon berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Menurutnya, dia dan rakan-rakan telah pun memberi keterangan kepada polis.

Korang merangkak la cari kita orang dekat padang masyar nanti. Kes ni masih dalam siasatan polis. Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis.

Page-page media pun tak payah nak pandai pandai reka cerita. Tak yah nak buat palatou. Biar polis buat siasatan kalau kami salah. Kami semua akan minta maaf.

Aku geram betul la. Kalau nak kecam kita orang takpa kita orang boleh tahan. Jangan melibatkan isteri-isteri kita orang. Orang tu baru kahwin korang dah buat perangai ayah pin.

Tambahnya lagi, kes kini masih di dalam siasatan polis. Pihaknya akan membuat permohonan maaf jika didapati bersalah.

Dia juga meluahkan rasa kesal kerana isteri-isteri turut terkena tempias kecaman daripada orang ramai.

Kredit: Ammar Azizan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas