Connect with us

Oh! Media

“Takut Nak Cakap Isu Bercerai”, Bella Astilah Mahu Tawakal Dan Rumah Tangganya Dilindungi

bella astilah

Oh! Artis

“Takut Nak Cakap Isu Bercerai”, Bella Astilah Mahu Tawakal Dan Rumah Tangganya Dilindungi

Penyanyi dan pelakon Bella Astilah mengaku kontroversi dan spekulasi yang melanda keluarganya adalah diluar jangkaannya.

ADVERTISEMENT

Menurut Bella, segala sejarah hitam yang pernah terjadi di dalam keluarganya telah mematangkannya dan suaminya iaitu Alif Aziz.

Tak suka sebenarnya ada kontroversi kerana kadang-kadang ia diluar kawalan dan jangkaan saya.

Apa yang terjadi mematangkan saya dan ada juga rasa takut. Saya dah tak mahu lalui episod patah hati, ia memenatkan dan sangat menyedihkan.

Hidup ini cuma sekali, mahu gembira saja.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astilah turut berkata sejarah hitam yang menghantuinya sebelum ini telah memberi impak yang besar kepada keluarga kecilnya.

Malah, pelakon itu juga berharap agar tiada lagi kontroversi seperti itu berulang kembali.

Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui, dan saya sendiri tiada niat untuk mengadakan kontroversi tersebut.

Secara jujurnya, saya tak mahu ada kontroversi yang tidak baik. Tapi kita cuma manusia biasa.

Harapnya tak ada lagi cerita-cerita yang kurang enak didengar sebab ia beri impak yang besar.

bella astilah

Dalam pada itu, Bella memaklumkan hubungannya bersama Aliff Aziz kini dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan menjadikan privasi sebagai keutamaan dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur, kami memilih untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial, sebab sebelum ini kami juga pernah pergi buat rawatan.

Saya nampak perubahan yang besar pada dirinya, kami hanya tawakkal dan berserah. Apa yang terjadi telah mematangkan dia.

Ini tahun ketujuh kami kahwin, saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab saya sendiri tak tahu apa yang akan jadi masa akan datang. Tawakkal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya.

BACA: Bella Astilah Terpaksa Mengalah Dengan Aliff Aziz Duduk Dalam Aircond

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas