Connect with us

Oh! Media

Taktik Telan Emas Tak Menjadi, Pekerja Lombong Kantoi Busuk Selepas Penggera Alam Berbunyi Ketika Cuba Keluar Bangunan

Trending

Taktik Telan Emas Tak Menjadi, Pekerja Lombong Kantoi Busuk Selepas Penggera Alam Berbunyi Ketika Cuba Keluar Bangunan

Tindakan seorang pekerja lombong di Republik Demokratik Congo (DRC) yang menelan sejumlah besar emas sebagai taktik untuk menyeludup gagal selepas dia dikesan oleh penggera pintu.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Cemas Anak Umur 2 Tahun Tertelan Aksesori Gelang

Memetik laporan Kosmo, lelaki tersebut yang telah menelan emas seberat 81 gram itu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk melakukan proses mengeluarkan emas.

Seorang pekerja Kibali (lombong emas) menyeludup 81g emas. Ketika ingin meninggalkan bangunan itu, penggerakkannya dikesan laser pintu dan kemudian mencetuskan penggera.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk melihat emas yang ditelannya dengan menggunakan ultra sound. Dia kemudiannya berjaya mengeluarkan emas itu melalui duburnya.

Untuk info, lombong Emas Kibali terletak di timur laut DRC di wilayah Haut-Uele dan merupakan salah satu lombong emas terbesar di Afrika yang dikendalikan oleh Barrick Gold Corporation. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas