Connect with us

Oh! Media

“Tak Wajar Untuk Saya Salahkan Dia Semata-Mata” – Viral Nangis Tepi Jalan, Pemuda Jelaskan Perkara Sebenar

Trending

“Tak Wajar Untuk Saya Salahkan Dia Semata-Mata” – Viral Nangis Tepi Jalan, Pemuda Jelaskan Perkara Sebenar

Kecoh di media sosial selepas tularnya satu video memaparkan seorang lelaki yang berjalan kaki di tepi jalan sambil menangis di waktu malam.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Dia Pergi Dekat Orang Lain” – Lelaki Menangis Gara-Gara Tunang Buat Hal, Saksi Dedah Perkara Sebenar

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana ditinggalkan tunangnya yang dikatakan memilih untuk bersama lelaki lain.

Pemuda tampil jelaskan perkara sebenar

Terbaru, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Amsyar membuat inisiatif untuk berjumpa dengan pemuda berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara yang terjadi.

@a.amsyarr_ Membalas kepada @OmgAraa Ni part 2 bro ! ni penjelasan daripada tuan badan sendiri 🙏 #foryoupage #fypシ゚viral #trending #viral ♬ bunyi asal – a.amsyarr_

Menerusi pertemuan tersebut, pemuda berkenaan memaklumkan bahawa isu tersebut telah pun selesai dan berharap agar mana-mana pihak yang memuat naik videonya menangis di tepi jalan itu memadam video tersebut kerana ia melibatkan aib kedua-dua belah pihak.

Berkenaan video viral semalam, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang dengan baik dan pihak perempuan itu pun sudah kembali. 

Saya juga berharap mereka memadamkan video itu, kerana ia melibatkan aib keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut mengakui dugaan bertunang itu sungguh kuat namun tidak wajar untuknya menyalahkan pihak wanita semata-mata atas apa yang telah terjadi.

Sejujurnya dugaan bertunang itu memang kuat dan sakit. Apa yang berlaku semalam adalah di luar kawalan saya.

Tidak wajar juga untuk saya menyalahkan dia semata-mata, mungkin salah saya juga yang terlalu mengongkong dia.

Di akhir video, pemuda berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Amsyar kerana telah membantu menenangkan dirinya ketika kejadian.

Netizen doa semuanya dipermudahkan

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan Alhamdulillah selepas isu ini dapat diselesaikan dengan elok dan berharap agar pemuda itu terus tabah menjalani ujian yang mendatang.

Kredit: TikTok Amsyar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas