Connect with us

Oh! Media

“Tak Tahu Salah Siapa” – Murid RMT Hanya Dapat Nasi Kosong Dan Kuah?

Trending

“Tak Tahu Salah Siapa” – Murid RMT Hanya Dapat Nasi Kosong Dan Kuah?

Di Facebook, viral perkongsian seorang wanita mendakwa cucu saudaranya iaitu pelajar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hanya dapat nasi kosong dan kuah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kesian Anak Saya” – Tular Video Murid Perempuan ‘Angkut’ Beg Berat Naik Tangga

Melihat kepada gambar yang disertakan, memang tak ada lauk langsung. Dalam perkongsian itu, dia turut mempersoalkan mengenai peruntukan RMT sehingga murid hanya diberi nasi putih dan kuah.

nasi RMT

Katanya lagi, sebelum ini memang ada murid yang mengadu makanan tak sedap. Tapi mereka hanya diminta bersyukur dengan rezeki yang ada.

Walau bagaimanapun kali ini lain pula isunya apabila murid dikatakan langsung tak dapat lauk.

Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT.

Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan “mampu memacu pendidikan kita?”

Wanita ini memohon kementerian melakukan siasatan dan menyemak semula peruntukan untuk RMT. Tambahnya lagi, dalam hal ini, dia tidak menyalahkan kantin sepenuhnya.

nasi RMT

Perkongsian penuh:

Kredit: Zurina Hassan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas