Connect with us

Oh! Media

Tak Puas Hati Ditegur Langgar SOP, 4 Lelaki Serang Polis

Trending

Tak Puas Hati Ditegur Langgar SOP, 4 Lelaki Serang Polis

Tindakan empat lelaki bertindak ala-ala ‘samseng’ dengan memaki dan menyerang anggota polis selepas tidak berpuas hati apabila ditegur melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) membawa padah apabila mereka ditahan dan dikenakan kompaun dalam kejadian di Taman Desa Damai, Bentong, semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu mendapati empat lelaki tempatan yang melanggar SOP dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dipercayai sedang minum minuman beralkohol.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, mereka yang sedar ditegur akibat langgar SOP bertindak memaki pihak polis dengan melontarkan kata-kata kesat serta enggan memberi kerjasama untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Salah seorang suspek juga cuba mencederakan seorang pegawai polis wanita di lokasi kejadian tetapi berjaya dihalang.

Menurut Zaiham, akibat daripada tindakan agresif yang ditunjukkan oleh ‘samseng’ tersebut, mereka yang berumur 20 hingga 28 tahun itu ditahan reman selama empat hari yang bermula pada 7 Jun 2021 dan juga dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM5,000.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikompaun di bawah Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas