Connect with us

Oh! Media

“Tak Pernah Lalui Zaman Kanak-Kanak Ke?” Anak Lan Solo Tak Tahan Jadi Bahan Kecaman Netizen

Ohmedia lan Solo

Oh! Artis

“Tak Pernah Lalui Zaman Kanak-Kanak Ke?” Anak Lan Solo Tak Tahan Jadi Bahan Kecaman Netizen

Nur Sheila Hassim iaitu isteri kepada penyanyi Lan Solo berasa terkilan apabila nasib anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya sering dijadikan bahan kecaman netizen walaupun tidak melakukan sebaarng kesalahan.

Sheila berkata hanya disebabkan Amna merupakan anak selebriti semua yang dilakukan tidak kena di mata orang ramai.

Menurut Sheila, anak perempuannya yang berumur 11 tahun masih kecil untuk memahami dan berdepan dengan situasi tersebut.

IKLAN

Tambahan, Amna juga telah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan pekara negatif.

Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman.

Kasihan sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata netizen. Dia menari pun salah. Serba-serbi salah hanya kerana dia anak selebriti,

Photo1684292100

Perkongsian hantaran mengenai anak sulungnya dibuat di laman Instagram milik Sheila bagi menjawab pertanyaan yang diberi oleh pengikutnya.

Berputus Asa

Malah, isteri kepada penyanyi Lan Solo itu juga menceritakan Amna yang hampir berputus asa dengan perkara yang dilaluinya sehingga meminta bapanya untuk tidak menjadi seorang artis.

Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kecam.

Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan?”

Photo1684292023

Dalam pada itu, Sheila tertanya-tanya adakah netizen tidak pernah mengalami zaman kanak-kanak sehingga tidak memahami situasi yang Amna alami.

Meskipun, berada di dalam situasi ini Sheila bersyukur kerana mempunyai sahabat iaitu Syura dan Fiza Halim yang selalu memberikan semangat untuk Amna teruskan dengan minatnya.

Kadang saya pun tertanya-tanya netizen ni tak pernah kecil ke? Tak pernah lalui zaman kanak-kanak ke? Main kahwin-kahwin, main masak-masak guna daun.

Dulu tak pernah pakai seluar pendek ke masa kecil-kecil? Tapi nasib baik Mama Syura dan Aunty Fiza selalu bagi dia semangat untuk teruskan minat dia.

BACA: Mama Lan Solo Meninggal Dunia

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas