Connect with us

Trending

Tak Pasal-Pasal Kena Kecam, AJK Masjid Dedah Sebab Mandikan Remaja Ala Jenazah

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai kes kecurian tabung masjid yang dilakukan oleh seorang remaja dikenali sebagai Daniel Iskandar.

Daniel sebelum ini berkata dia terpaksa mencuri untuk membeli ubat-ubatan buat datuknya yang menghidap kencing manis namun ternyata semuanya dusta belaka.

IKLAN

BACA: “Saya Suruh AJK Masjid Buat Laporan Agar Daniel Jadi Orang Berguna” – Atuk Daniel

Rupa-rupanya, datuknya sendiri yang meminta ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan polis untuk memberi pengajaran kepada cucunya itu.

Ditangkap di luar dibawa ke bilik jenazah

mandi jenazah

Menerusi Youtube Malaysia Gazette, AJK Masjid iaitu Mohamad Ayub Han Khalil pula mendedahkan tiga sebab mengapa remaja tersebut dijirus air ala-ala mandi jenazah.

Sebenarnya remaja itu ditangkap di luar dan dibawa ke masjid (bilik jenazah) sebab tabung disimpan di bilik jenazah. Kita nak tanya dia, “betul ke ini yang kau curi?”. Dia jawab betul.

Menurutnya, remaja itu dimandikan untuk memberi pengajaran dan langsung tiada unsur-unsur penderaan dilakukan. Jika diperiksa memang tiada kesan luka atau lebam di badan remaja itu.

Sebab kedua adalah untuk menyegarkannya yang sedang berada dalam keadaan khayal dadah.

Tidak mahu remaja itu dibelasah

ajk masjid

Akhir sekali, pihaknya tidak mahu berlaku bencana yang lebih besar kepadanya. Ini kerana di perkarangan masjid terdapat lebih 40 ‘Kluang Crew’ yang menangkapnya sedang menunggu.

Dah alang-alang dalam bilik jenazah, dengan niat untuk mendidik kita mandikan dia. Dia khayal lagi. Tujuan kita nak bagi segar, bagi pengajaran dan mengelakkan musibah lebih teruk.

Selepas dimandikan, remaja itu meminta maaf dan mengakui menyesal. Remaja itu berjanji tidak akan buat lagi perbuatan tersebut.

Video penuh:

Kredit: Youtube MalaysiaGazette TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas