Connect with us

Oh! Media

“Saya Suruh AJK Masjid Buat Laporan Agar Daniel Jadi Orang Berguna” – Atuk Daniel

atuk daniel

Trending

“Saya Suruh AJK Masjid Buat Laporan Agar Daniel Jadi Orang Berguna” – Atuk Daniel

Datuk kepada Daniel Iskandar, remaja yang tular akibat mencuri duit tabung masjid memberi keterangan dan mendedahkan sikap sebenar cucunya yang sebenarnya memang ‘melampau.’

ADVERTISEMENT

BACA: “Ujian Air Kencing Positif Dadah Syabu.” -Polis Nafi Daniel Curi Duit Untuk Beli Ubat!

Menerusi twitter Malaysia Gazette, datuk kepada Daniel Iskandar telah memberi keterangan dan menyatakan bahawa dia sebenarnya yang meminta ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan ke atas cucunya agar Daniel menjadi orang yang berguna.

Jangan salahkan AJK Masjid

Datuk kepada Daniel, Rosli Sidek menyatakan, beliau tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama seperti keluarganya akibat dari sikap negatif Daniel Iskandar.

Rosli Sidek juga meminta supaya netizen tidak menyalahkan AJK masjid atas perbuatan yang mereka lakukan terhadap Daniel.

Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam.

Tak ambil hati video cucu menjadi viral

Rosli menjelaskan bahawa pihak masjid mahu berbincang dengannya terlebih dahulu berkaitan dengan isu Daniel, namun beliau tetap mahu cucunya disiasat polis. Rosli juga memberitahu bahawa beliau tidak mengambil hati apabila video cucunya tular di media sosial.

Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.

Nasib baik hanya dijirus air biasa, kalau air panas macam mana?

Datuk Daniel juga ada beberapa permintaan yang diharapkan dapat ditunaikan. Antaranya, jika Daniel dapat dibebaskan, beliau mahu cucunya, Daniel dimasukkan ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Beliau juga berharap agar polis dapat memberi jaminan agar dia tidak diganggu oleh menantunya, iaitu bapa kepada Daniel Iskandar.

Rosli juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah meminta Daniel beli ubat sehingga perlu mencuri. Bahkan menurutnya, beliau ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

Pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan.

Ya Allah, semoga datuk Daniel, Rosli, diberikan kesihatan dan perlindungan selepas ini. Semoga tiada lagi pihak yang cuba membuat spekulasi berkenaan kes Daniel Iskandar ini.

Kredit: Twitter | Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas