Connect with us

Oh! Media

“Tak Diberi Air, Tak Benar Ke Tandas” – Aktivis GSF Dipaksa Melutut, Tangan Diikat Selama 5 Jam

Ohmedia gsf Diikat

Trending

“Tak Diberi Air, Tak Benar Ke Tandas” – Aktivis GSF Dipaksa Melutut, Tangan Diikat Selama 5 Jam

Sukarelawan flotilla dipaksa melutut, dinafikan hak asasi dan difitnah Israel.

Satu demi satu pendedahan mengejutkan tentang layanan kejam Israel terhadap sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) mula terbongkar.

Memetik laporan Berita Harian, mereka dipaksa melutut dengan tangan diikat menggunakan zip tie selama lebih lima jam hanya kerana melaungkan “Bebaskan Palestin”.

ADALAH berjaya jumpa 331 sukarelawan ditahan

Menurut Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH), peguam mereka berjaya menemui 331 sukarelawan di Pelabuhan Ashdod dalam tempoh 24 jam lalu.

IKLAN
Gsf

ADALAH mendedahkan bahawa beberapa peserta diproses tanpa khidmat nasihat undang-undang kerana peguam tidak dibenarkan mengakses mereka pada awalnya.

Hak peserta dicabuli secara sistematik sepanjang proses ini. Selain dinafikan akses kepada air, tandas dan ubat-ubatan, mereka juga dinafikan akses kepada peguam, yang melanggar hak asasi mereka kepada proses keadilan, perbicaraan yang adil dan wakil undang-undang.

Lebih mengejutkan, peguam ADALAH dibiarkan menunggu sembilan jam di luar pelabuhan tanpa dimaklumkan tentang proses perbicaraan yang sedang berlangsung.

Situasi menjadi semakin parah apabila pihak berkuasa Israel memindahkan mereka ke Penjara Ketziot di Naqab dan memulakan tribunal tanpa memaklumkan pasukan peguam.

Gsf
Hantaran PU Amin di Thread

Kempen fitnah dan penghinaan terancang

@malaysiagazette

Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben Gvir mendakwa kumpulan aktivis GSF kini ditahan di Penjara Ktzi’ot dan dilabel sebagai penyokong pengganas. GlobalSumudFlotilla MalaysiaGazette Video : MiddleEastEye

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Selain itu, ADALAH menyifatkan Tindakan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, hadir ke lokasi penahanan jelas bertujuan menghina sukarelawan.

Peserta flotilla dirakam dan dieksploitasi dalam tindakan kawalan yang menjatuhkan maruah.

Pada masa sama, media Israel melancarkan kempen fitnah dengan melabelkan sukarelawan flotilla sebagai pengganas.

Kenyataan penuh:

Gsf

Pssttt! Isu ini sekali lagi menunjukkan bagaimana hak asasi manusia boleh dipijak tanpa belas kasihan. Sukarelawan yang datang membawa misi kemanusiaan kini diperlakukan seolah-olah penjenayah. Semoga dunia terus membuka mata terhadap penindasan ini dan bersatu menuntut keadilan buat mereka yang tidak bersalah.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas