Connect with us

Oh! Media

Tak Dapat Tunai Hajat Anak Nak Makan KFC, Ini Sahaja Yang Mampu Ibu Beri

Trending

Tak Dapat Tunai Hajat Anak Nak Makan KFC, Ini Sahaja Yang Mampu Ibu Beri

Sebak rasa bila baca satu perkongsian dari seorang doktor di Facebook. Kisahnya, Dr Syafiq telah berjumpa dengan seorang ibu yang tak mampu nak beli KFC untuk anaknya di rumah. Tapi apa yang si ibu buat, lagi mengayat hati.

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, awalnya si ibu tiba-tiba tegur Dr Syafiq yang kebetulan ada di KFC. Dia minta Dr Syafiq untuk tolong mintakan plastik dan bekas ayam KFC, memandangkan dia tak beli apa-apa.

Dr Syafiq pun tolong mintakan dan beri pada si ibu. Sekadar berbasa-basi, Dr Syafiq pun tanya nak buat apa dengan plastik dan kotak tersebut. Tapi, jawapan dari si ibu, Allahu, sangat mengejutkan.

“Saya harap tak berdosa tipu anak-anak saya macam ni. Diorang teringin KFC.. dah lama..” – kata si ibu.

Rupa-rupanya, dalam bakul basikalnya ada bungkusan plastik yang berisi ayam goreng. Seketul dua ringgit, tiga ketul lima ringgit. Jadi, si ibu nak masukkan ayam tersebut dalam kotak KFC. Biar anak-anak ingat itu ayam KFC sebab taknak kecewakan diorang.

Sedih, kan? Dalam kita hidup selesa ada ramai lagi insan dekat luar sana yang susah. Mungkin ada orang pandang KFC tu sebelah mata je. Tapi untuk orang yang kurang bernasib baik, KFC tu lah makanan yang paling mahal diorang boleh beli.

“Lihat dan ambil tahu tentang ahli keluarga dan jiran terdekat. Anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal. Jangan berhenti buat baik, keletihan dari berbuat baik itu akan hilang, tetapi kebaikan yang dilakukan itu akan kekal.” – Dr Syafiq Idris

So, sentiasa lah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan banyak sangat merungut. Kalau rasa susah, tengok orang yang ada lagi bawah dari kita. InshaAllah, perlahan-perlahan kita akan dapat belajar erti syukur yang sebenar.

Kredit: mStar, Facebook Dr Syafiq Idris

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas