Connect with us

Oh! Media

“Tak Dapat Gaji, Didera” -Duta Indonesia Dakwa Amah Warga Indo Dilayan Seperti ‘Hamba’ Di Malaysia

indonesia

Trending

“Tak Dapat Gaji, Didera” -Duta Indonesia Dakwa Amah Warga Indo Dilayan Seperti ‘Hamba’ Di Malaysia

Hermono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia mendakwa, ramai rakyat dari negaranya yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah dilayan seperti hamba.

ADVERTISEMENT

BACA: Artis Indonesia Tetap Tayang Gambar Berbikini Walaupun Ibu Selalu Ingatkan Tentang Seksa Kubur

Menerusi TheVocket, Hermono mengatakan ramai warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu di negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan tetapi tidak mengalami sebarang penindasan seperti di Malaysia.

Kerja bertahun tak dapat gaji, tak ada rehat

indonesia

Hermono mendakwa, banyak kes pembantu rumah Indonesia yang bekerja bertahun-tahun tak dapat gaji, tak ada rehat dan mengalami penderaan fizikal serta ada yang dokumen peribadi diambil oleh majikan.

Baru-baru ni, ada kes pembantu rumah tidak dibayar gaji selama 10 tahun kerana majikan bagi alasan dia telah diberi tempat tinggal dan makanan secara percuma.

Itu adalah contoh perhambaan atau kerja paksa zaman moden.

Kami mempunyai pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tetapi kami tidak mempunyai masalah serius seperti di sini, di Malaysia. Jadi mengapa kita mempunyai masalah ini di sini?

Tahun lepas, kedutaan Indonesia telah membantu 206 kes dan 40 kes kini di mahkamah. 16 pembantu rumah juga telah dibantu pada tahun ini untuk mendapatkan gaji yang belum dibayar, iaitu lebih daripada RM300,000.

Dengan terjadinya kes ini, kini Malaysia dan Indonesia sedang membincangkan perjanjian baru dimana Hermono berharap dapat melindungi rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Beliau juga mencadangkan untuk melakukan satu sistem gaji dalam talian untuk kerajaan Indonesia memastikan pekerja mendapat gaji yang dijanjikan.

Kredit: TheVocket

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas