
Trending
“Tak Boleh Brain Perempuan Tulis Buku Ni” – Caprice Ulas Isu Novel Didakwa Berunsur Lucah
Oleh
Kecoh diperkatakan di media sosial mengenai novel yang didakwa mengandungi babak-babak berunsur lucah yang tak sesuai untuk bacaan umum. Novel ditulis dalam bahasa Melayu itu difahamkan telah terjual lebih 5,000 naskah setakat ini.
Di Facebook, seorang pengguna Husna Adnan mempersoalkan adakah penerbit tak rasa bersalah mengeluarkan novel sebegitu. Individu ini turut mempersoalkan tindakan penulis yang didakwa hanya meminta maaf dan berjanji akan buat lebih baik di masa akan datang.
Terjual lebih 5,000 naskah

Penyanyi rap, Caprice turut memberi ulasan mengenai isu viral ini. Caprice sendiri terkejut bagaimana buku macam ni boleh diterbitkan hingga terjual lebih 5,000 naskah.
Kata Caprice lagi, antara punca menyebabkan jenayah seksual semakin berleluasa hari ini adalah kerana kita menormalisasikan perkara seperti ini.
Ulasan Caprice
Penyanyi rap ini berkata, buku ini ditulis oleh penulis wanita bukannya lelaki yang sering dikaitkan dengan fikiran kotor. Caprice menyeru budaya ini dihentikan tak kiralah dalam drama, filem ataupun buku kerana ianya salah.
Kredit: Facebook Husna Adnan | Instagram Caprice
