Connect with us

Oh! Media

selangor fc

Oh! Arena

Selangor FC Terima 4 Hukuman Termasuk Bermain Tanpa Penonton Semasa Menentang JDT

Gara-gara menarik diri pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim bulan lepas, Selangor FC telah dikenakan tindakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

BACA: “Selangor FC Minta Tunda Bukan Mahu Tarik Diri, Tapi MFL Bertindak Ego” – Presiden ASFC

IKLAN

Keputusan tersebut dibuat ahli lembaga pengarah secara sebulat suara selepas bermesyuarat untuk membincangkan kes ketidakhadiran pasukan tersebut.

MFL

Antara empat denda yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Denda sebanyak RM100,000.

a. Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

2. ⁠Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL.

a. MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

3. Pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.

4. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

a. Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan peminat sukan bola sepak negara. Ada yang bersetuju dan ada juga yang mempertikaikan keputusan yang dibuat MFL.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Malaysian Football League

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas