Connect with us

Oh! Media

Tak Ada Tauliah, Ini Punca Ustaz Kazim Elias Tolak Undangan Ceramah Di Selangor

ustaz kazim elias tauliah selangor

Trending

Tak Ada Tauliah, Ini Punca Ustaz Kazim Elias Tolak Undangan Ceramah Di Selangor

Penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias memaklumkan beliau tak mempunyai tauliah untuk memberi ceramah di negeri Selangor.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, penerangan yang diberi Ustaz Kazim untuk menjawab kepada permohonan undangan yang terpaksa ditolak.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan hanya mempunyai tauliah dari dua negeri dan satu lagi tauliah khas akan diberikan tak lama lagi.

Ustaz Kazim Elias tak ada tauliah daripada Jais

Di atas kesedaran itu, beliau terpaksa menolak semua jemputan di Selangor kerana mahu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Siapapun kita, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang. Ada 2 program terbaharu saya yang mana saya tidak dibenarkan berceramah kerana saya tidak mempunyai tauliah.

Ustaz Kazim bagaimanapun menerima dengan hati yang terbuka dan patuh. Beliau berterima kasih kerana sudah diberi peluang berceramah di Selangor selama ini dengan kebenaran sementara yang dipohon oleh pihak yang mengundangnya.

Saya tidak ada tauliah mengajar daripada JAIS. Insyaallah pihak saya tidak akan menerima lagi sebarang jemputan ceramah dan lain-lain di negeri Selangor. Saya memohon maaf kepada semua yang menjemput saya kerana tidak dapat melayan jemputan anda semua.

Di akhir hantaran, beliau berharap netizen tak meninggalkan komen buruk kepada pihak-pihak tertentu. Beliau juga tak akan bertanggungjawab di atas penulisan netizen di ruangan komen perkongsiannya.

BACA: “Boleh Undang Kami Untuk Konsert, Konsert Tak Perlu Buat Tauliah” – Ustaz Kazim Elias

Kredit: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas