Connect with us

Oh! Media

Syed Mahu ‘Rebrand’ Nama Dan Guna Publisiti Ke Arah Kebaikan

Dai Syed

Trending

Syed Mahu ‘Rebrand’ Nama Dan Guna Publisiti Ke Arah Kebaikan

Seperti yang kita tahu, banyak kontroversi yang telah menimpa Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful ataupun lebih dikenali sebagai Da’i Syed sebelum ini. Selepas ditahan reman, akhirnya Syed telah dibebaskan selepas selesai diikat jamin semalam.

BACA : “Saya Perlukan Masa Untuk Ubat Kesedihan Saya”, Syed Shah Iqmal Akhirnya Dibebaskan

Bagai sinar harapan buat Syed, dia optimis untuk memulakan hidup baru yang lebih baik. Walaupun menerima pelbagai jenis kecaman dan kontroversi, perkara tersebut sedikit sebanyak telah bantu untuk tambah publisiti dirinya. Hanya mahu lihat dari sudut positif, Syed akan gunakan peluang publisiti tersebut ke arah kebaikan.

IKLAN
Dai syed bernama 10122020 1

Hal ini turut diakui oleh pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar. Kata Aizat, kontroversi tersebut telah menyebabkan masyarakat lebih mengenali Syed Iqmal, sampaikan makcik kantin pun kenal tau! Kau ada? Mungkin ini lah yang orang kata hikmah di sebalik setiap ujian yang Tuhan beri pada kita, kan?

“Mungkin ada hikmah apa yang terjadi. Selainkan bantu naikkan nama, mungkin selepas ini dia boleh guna kapasiti itu untuk kerja dakwah atau sampaikan benda-benda yang berfaedah.” – katanya.

Ditanya berapa lama masa yang akan diambil Syed sebelum bergiat aktif semula, Aizat menyatakan yang ia bergantung pada emosi Syed untuk kembali stabil dan dapat semangat semula. Bahkan, pihaknya juga telah berbincang tentang hal tersebut dan pertimbangkan untuk rebrand semula nama Syed Iqmal.

“Tentang nama, inshaAllah kita akan bincang selepas ini untuk rebranding. Kita akan lakukan dengan pihak pengurusan termasuklah mengenai hal promosi lagu dan sebagainya.” – tambahnya lagi.

Aizat juga bagi pihak Syed turut mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya sepanjang dalam tempoh siasatan dan tahanan reman. Bahkan, ada juga peminat yang dah tak sabar untuk tunggu Syed buat live di Instagramnya macam biasa.

Eloklah tu, Syed. Gunakan peluang kedua ini untuk improve diri kita. Kalau nak tunggu orang stop kecam, memang tak dapat. Yang penting, kita sendiri tahu niat kita untuk berubah. Kalau betul ikhlas, inshaAllah Tuhan permudahkan. Pada netizen pun, sudah-sudah lah tu bagi komen tak baik. Semua manusia buat silap, kan? Tak perlulah nak ambil kerja Tuhan untuk judge orang. Kita jaga diri kita sendiri je ya?

Kredit: mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas