Connect with us

Oh! Media

“Saya Perlukan Masa Untuk Ubat Kesedihan Saya”, Syed Shah Iqmal Akhirnya Dibebaskan

Trending

“Saya Perlukan Masa Untuk Ubat Kesedihan Saya”, Syed Shah Iqmal Akhirnya Dibebaskan

Selepas 19 hari menjalani tahanan reman di lokap termasuk di Pusat Tahanan Reman Sementara, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed telah pun dibebaskan hari ini selepas pihaknya menyelesaikan bayaran ikat jamin.

ADVERTISEMENT

Syed dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000, masing-masing RM25,000 di Mahkamah Praling Jaya dan RM10,000 di Mahkamah Shah Alam.

Pada Khamis lepas, Syed sepatutnya dilepaskan dengan ikat jamin tetapi pihaknya dikatakan telah gagal membayar jumlah yang ditetapkan pada jam 5 petang sebelum kaunter pembayaran tutup.

Peguam bela pendakwah selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros ada memberitahu, bayaran ikat jamin anak guamnya itu dilunaskan oleh abangnya sendiri, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, iaitu Mohd Aizat Jaafar.

Disebabkan gagal membayar ikat jamin selepas dia (Syed) didakwa di mahkamah pada 10 Disember, telah menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

Pada 10 Dis, Syed Shah Iqmal, 25, telah didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama pula di Mahkamah Shah Alam, dia telah menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

BACA: Didakwa Laku Seks Luar Tabii, Pendakwah Selebriti Mengaku Tidak Bersalah

Sebaik saja urusan Syed selesai di Mahkamah Petaling Jaya dia ada memberitahu pihak media, bahwa dia redha dengan ketentuan berkenaan dan akan menyerahkan selebihnya kepada mahkamah.

Beliau dikatakan akan berehat buat sementara waktu untuk melepaskan rindu bersama keluarganya selepas dia direman selama 18 hari.

Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya. – Katanya.

Tarikh untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya adalah pada 19 Februari 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas