
Oh! Tidak
Syarikat Penghantar Makanan Terkenal Kembalikan Akaun Rider Selepas Terima Ugutan Boikot
Oleh
Syarikat penghantar makanan terkenal dengan tema warna hijau teruk dikecam selepas menyekat akaun seorang rider. Tindakan menggantung akaun rider itu dipercayai berpunca selepas terlibat kes viral menegur warga Singapura mengisi minyak di Johor.
BACA: “Ada Orang Buat Laporan” – Rider ‘Hilang’ Kerja Lepas Tegur Lelaki Isi Minyak Dalam Tong
Disebabkan itu, rata-rata netizen rasa tidak puas hati dan mengugut untuk memboikot syarikat terbabit.
Syarikat penghantar makanan kata pelanggan mengadu rider bawa pemutar skru…
Syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi di mana pengadu mendakwa rider tersebut memegang pemutar skru untuk menyerang pengadu. Rider itu kemudian menafikan tindakannya dan menegaskan dua warga Singapura tersebut telah memfitnahnya.
Sedar pihak mereka menerima kecaman bertubi-tubi, syarikat penghantaran itu akhirnya memberi penjelasan serta mengembalikan semula perkhidmatan buat lelaki terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Susulan itu, rider yang dikenali sebagai MatKibot berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokongnya sejak video memaparkan tindakan warga Singapura itu ditularkan.
Grab Official Statement
— Grab Malaysia (@GrabMY) June 22, 2023
Following a viral incident of a Grab delivery-partner who was suspended after an altercation at a petrol station in Johor, we would like to clarify this matter. For more details, please read our full statement attached pic.twitter.com/yo8Q644uWx
Kredit: Twitter
