Connect with us

Oh! Media

Suspek Tingkatan 6 Dipercayai Bunuh Kawan Sekolah Nur Surya

Trending

Suspek Tingkatan 6 Dipercayai Bunuh Kawan Sekolah Nur Surya

Perkembangan terbaru berkesaan kes seorang wanita berusia 19 tahun, Siti Nur Surya Ismail telah dipercayai dibunuh oleh rakan mangsa sendiri dan bukanya dirompak.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat Anak Mati Dibunuh & Putus Tangan Kiri Depan Mata

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu yang telah berjaya menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan.

Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. – Katanya.

Pihak polis berjaya mengesan suspek apabila berjaya mendapatkan rakaman CCTV di rumah burung berhampiran dengan kediaman rumah mangsa.

Tuduhan membunuh ke atas suspek lebih kuat bila pihak polis lakukan siasatan di rumah suspek dan menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.

Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan. Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus. – Hasil siasatan pihak polis.

Akibat terlalu mengikut perasaan, sampai sanggup membunuh. Suspek masih belajar di tingkatan enam dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas