Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Minta Rakan Tanggalkan Songkok, Murid Dirotan Guru

rotan pelajar kerana buka songkok

Oh! Tidak

Gara-Gara Minta Rakan Tanggalkan Songkok, Murid Dirotan Guru

Seorang murid tahun 5 Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Cheras dirotan gurunya hanya kerana meminta rakan sekelasnya untuk membuka songkok.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Ustaz Dijatuhkan Hukuman Penjara 6 Bulan Sebab Rotan Murid?

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, bapa mangsa tampil membuat laporan polis pada malam Selasa, jam 9.05 berkenaan anak lelakinya yang dirotan guru.

Jelas Muhammad Idzam lagi, murid tersebut mendakwa dirotan gurunya selepas dia meminta rakan sekelasnya untuk membuka songkok kerana mengganggu penglihatannya sewaktu pembelajaran di dalam kelas.

Tular di media sosial

Laporan dari Harian Metro mengatakan bahawa guru terbabit dipercayai telah merotan murid tersebut sebanyak lima kali dan telah meninggalkan kesan calar ke badan mangsa.

Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pihak polis kemudiannya menghantar pegawai penyiasat ke sekolah berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut namun guru terbabit dikatakan sedang bercuti dan ketika ini berada di luar kawasan.

Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan

Kes ini berikutnya disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro | Twitter @pedoqpop

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas