Connect with us

Oh! Media

Suri Rumah Hilang RM163,000 Dalam Masa 2 Hari Diperdaya Scammer

Ohmedia scammer

Trending

Suri Rumah Hilang RM163,000 Dalam Masa 2 Hari Diperdaya Scammer

Semakin hari semakin ramai yang melaporkan telah diperdaya scammer sampai hilang ratusan ribu ringgit dalam masa beberapa hari sahaja.

BACA: Melampau Punya Scammer! Ada Ke Patut Menyamar Jadi Permaisuri Agong Minta RM3K?

Terbaru, seorang pakar perunding perubatan dan nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkongsikan tentang dirinya hilang wang simpanan dalam sekelip mata sebanyak RM13,000.

IKLAN

Hantarannya menjadi viral di platform media sosial setelah mempersoalkan tahap keselamatan sebuah bank yang sudah digunakan selama 30 tahun.

Susulan kisah terbabit, seorang suri rumah juga berkongsikan cerita yang sama apabila dirinya telah hilang wang sebanyak RM163,000 dan ia telah mendapat perhatian warganet.

@utusantvofficial Harap kisah Azura Photobook ini boleh dijadikan pengajaran. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Suri rumah berumur 37 tahun itu menceritakan kisahnya itu kepada pihak UtusanTV dan memberitahu perkara ini sudah terjadi sejak bulan Julai. Sememangnya itu merupakan pengalaman paling perit kerana kehilangan wang simpanan sebanyak itu.

Menurutnya, semua bermula selepas dia menerima satu panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran barang dan panggilan tersebut disambung kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis.

Individu yang berkata dirinya pegawai polis itu memberitahu suri rumah berkenaan telah terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta penyeludupan dadah.

Image 104

Dalam pada itu, wanita berkenaan peka dengan jenayah Macau Scam, namun tidak menyangka akan menjadi mangsa sindiket penipuan itu sekelip mata.

Kredit: Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas