Connect with us

Oh! Media

Sugarbook Dedah Top 10 IPT Paling Ramai ‘Sugar Baby’ Di Malaysia!

Cc94a40a 96df 482c b485 05904a728225

Trending

Sugarbook Dedah Top 10 IPT Paling Ramai ‘Sugar Baby’ Di Malaysia!

Melalui data yang telah dikeluarkan oleh aplikasi Seeking Arrangement baru-baru ini, rupanya terdapat hampir 42,500 individu yang bergelar sugar daddy yang wujud di dalam negara kita. Data ini juga telah menjadikan Malaysia sebagai tangga ke-3 paling ramai sugar daddy di Asia!

Angka ini pastinya mengejutkan ramai orang, memandangkan perkataan sugar daddy itu sendiri walaupun sudah diketahui maksudnya, ianya masih kedengaran agak janggal terutamanya buat masyarakat kita di Malaysia.

Jika angka untuk individu yang bergelar sugar daddy saja sudah begitu ramai, tahukah anda berapa ramai pulakah sugar baby di Malaysia?

IKLAN

Laporan dari sebuah lagi platform khas bagi yang mencari sugar daddy iaitu Sugarbook, mendapati terdapat lebih 200,000 sugar baby di Malaysia, dengan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Laman itu juga merupakan laman dating bagi ‘sugar daddy’ yang terbesar di Asia dengan sejumlah 400,000 daftar keahlian dimana 220,000 daripadanya merupakan sugar baby, 180,000 untuk sugar daddy dan lagi 6,000 individu adalah sugar mummy di Malaysia.

Di laman temujanji Seeking Arrangement pula telah mencatatkan terdapat 84,000 sugar baby yang telah berdaftar dari Malaysia.

Ini menjadikan jumlah sugar baby dari kedua laman sahaja sudah mencatat lebih dari 300,000 orang! Wowww.

Pendaftaran ‘Sugar Baby’ Meningkat

Malah aplikasi itu turut mendedahkan senarai Top 10 ‘Insitut Pengajian Tertinggi (IPT) tempatan yang paling ramai pelajarnya yang terjebat di dalam kancah tersebut dengan majoriti IPT terletak di Lembah Klang.

Ad600d1b 2a32 490e 9f41 824c18dd84d7

Bersama pendedahan tersebut mereka turut menyenaraikan purata umur mereka yang terlibat dimana sugar baby di dalam Malaysia sekitar 23 tahun, 35 tahun untuk sugar daddy dengan pendapatan purata sebanyak RM150K.

Menjelang Valentine’s dalam masa terdekat ini, kebanyakan ‘sugar baby’ mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500, ini sangat membantu pelajar universiti yang berdepan situasi sukar.

Selain pelajar, 9 lagi profesion yang tersenarai didalam top 10 profesion paling ramai menjadi sugar baby adalah usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.

Ca170117 101e 413a b428 90ecf9bd90f4

Menurut Sugarbook, sejak Januari sahaja mereka telah menerima 40% peningkatan pendaftaran keahlian dari golongan pelajar untuk menjadi sugar baby.

Tidak dinafikan, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang kita hadapi ini, telah membuatkan ramai yang terdesak dan memerlukan duit sehingga terpaksa mencari jalan sebegini rupa.

Buat yang diluar sana, fikir lah baik dan buruk sebelum anda membuat sesuatu keputusan. Jangan pula nanti menyesal dikemudian hari.

Kredit: FMT

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas