Connect with us

Oh! Media

Sudah Boleh Rentas Daerah Dan Negeri Walaupun PKPB Dilanjutkan?

Trending

Sudah Boleh Rentas Daerah Dan Negeri Walaupun PKPB Dilanjutkan?

Baru sahaja diumumkan tadi yang PKPB dah pun dilanjutkan di beberapa tempat hingga 20 Disember nanti. Macam yang kita tahu, sebelum ini kalau satu kawasan itu dikenakan PKPB, bermakna kita tak boleh rentas daerah atau negeri. Tapi, berbeza pula kali ini!

ADVERTISEMENT

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan yang mulai 7 Disember nanti, pergerakan merentas daerah dan negeri akan dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Wow. Ini sesuatu yang baru.

Menurut beliau lagi, walaupun berada dalam tempoh PKPB tapi keperluan untuk ekonomi dan juga penjagaan kesihatan tetap perlu dipertimbangkan. Bahkan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam negara yang dijangka berakhir pada 31 Disember nanti pun masih belum tahu sama ada dilanjutkan atau tidak. Sebab itulah beberapa kelonggaran pada rakyat telah diberikan.

“Jadi beberapa kelonggaran dipersetujui. Antaranya bersetuju supaya rentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali kawasan PKPD.” – katanya.

Bahkan, polis pun dah takde buat sekatan jalan raya, mereka hanya akan kuatkuasakan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat sahaja. Haa, maksudnya bila dah diberi kelonggaran untuk bergerak ni, korang kenalah jalankan tanggungjawab korang pula untuk patuh SOP. Bila keluar, pakailah mask dan jaga penjarakan sosial korang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas