Connect with us

Oh! Media

Suami Terkejut Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’, Minta Cerai Selepas Sebulan Kahwin?

makeup

Trending

Suami Terkejut Lihat Isteri Tanpa ‘Makeup’, Minta Cerai Selepas Sebulan Kahwin?

Makeup dipakai oleh kaum wanita untuk kelihatan lebih cantik dan presentable semasa mempunyai aktiviti di luar rumah. Kejadian di Mesir, seorang lelaki telah memfailkan penceraian dek kerana terkejut melihat muka isterinya tanpa solekan.

ADVERTISEMENT

BACA: Transformasi ‘Mekap’ Pengantin Ini Dipuji Ramai, Tak Macam 60 Tahun!

Menerusi laman Utusan, lelaki tersebut telah memfailkan penceraian selepas sebulan berkahwin kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya.

Kelihatan hodoh tanpa solekan

makeup

Suami kepada wanita itu terkejut pada pagi selepas hari perkahwinan mereka, apabila dapat melihat wajah asli wanita tersebut tanpa sebarang solekan di mukanya.

Saya rasa ditipu oleh isteri saya kerana dia mengenakan solekan terlalu tebal sebelum berkahwin.

Dia kelihatan hodoh tanpa solekan.

Lelaki ini telah mengenali isterinya melalui Facebook, dan melihat wanita itu memuat naik gambar-gambar yang sangat cantik dengan memakai solekan yang sempurna. Sebelum berkahwin, mereka telah bertemu dalam beberapa kali dan terus membuat keputusan untuk berkahwin.

Tetapi selepas perkahwinan, saya melihat wajah sebenarnya tanpa solekan.

Saya terkejut… kerana dia tidak kelihatan seperti wanita yang saya temui beberapa kali sebelum berkahwin.

Saya melihat gambar isteri saya di Facebook, wajahnya amat berbeza apabila tidak memakai solekan. Saya rasa tertipu dan mahu menceraikannya.

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, sangat penting untuk kita mengenali pasangan kita sebelum berkahwin. Nak kahwin ni, kita memerlukan pasangan yang ikhlas dan jujur sayang kepada kita, bukan semata-mata suka akan kecantikan sahaja.

Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan yang penting, yang wanita pun kalau boleh tunjukkanlah muka sebenar tanpa makeup agar bakal suami tidak terkejut melihat wajah selepas berkahwin.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas