Connect with us

Trending

Beri Alasan Mudah Untuk Masuk Ke Rumah & Cabul Anak Asuhan Isteri

Kelmarin, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang melakukan berbuatan keji dengan mencabul budak perempuan yang baru sahaja berusia 9 tahun gais. Korang boleh brain tak nafsu serakah apalah yang ada dekat lelaki ni? 

Kejadian dikatakan berlaku di Desa Mentari, Petaling Jaya semasa budak perempuan itu berada di rumah keseorangan, lalu lelaki yang berumur 45 tahun juga merupakan suami kepada pengasuh budak perempuan itu datang ke rumah mangsa pada pukul 12 tengah hari. 

IKLAN

Alasan yang diberikan untuk ke rumah suspek adalah untuk memulangkan pelitup muka milik mangsa sebelum dibenarkan masuk ke rumah kata Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood.

Apabila berada di dalam rumah, suspek memanggil mangsa duduk bersebelahan dengannya lalu mencabulnya menyebabkan kanak-kanak itu menjerit beberapa kali sebelum suspek melarikan diri.

Mangsa kemudian menghubungi ibu saudaranya mengenai kejadian itu.

Ketika suspek terserempak pada pukul 9 malam dengan bapa saudara mangsa, dia cuba untuk melarikan diri namun berlaku pergelutan sebelum dia ditahan dan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kanak-kanak dicabul suami pengasuh di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas