Connect with us

Oh! Media

Sayu Raya Di Hospital, Suami Kiah Propa Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi

kiah propa

Trending

Sayu Raya Di Hospital, Suami Kiah Propa Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi

Dalam suasana umat Islam sedang bersiap sedia menyambut Syawal, berita duka menyelubungi keluarga pempengaruh media sosial, Kiah Propa apabila suaminya, Mohamad Nazri bin Ismail dilaporkan telah meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

BACA: Bekas Suami Hidap Kanser, Kiah Propa Kahwin Semula Sebab Nak Jaga Tanpa Batasan Aurat

IKLAN

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik sendiri oleh Kiah menerusi Instagram, di mana beliau meluahkan rasa sebak dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hari-hari mendatang selepas pemergian insan tersayang.

“Tak tau nak bawak ke mana hati ini…” – Luahan sayu Kiah Propa

kiah propa

Pada November tahun lalu, Kiah berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lapan tahun berpisah.

Kiah terbuka hati menerima semula bekas suami yang sedang bertarung dengan penyakit kanser. Menurut Kiah, keputusannya untuk menerima kembali Nazri sebagai suami adalah atas niat yang tulus.

Persiapan raya di hospital

Kiah menceritakan saat-saat akhir bersama suaminya yang disambut dengan penuh pengharapan walaupun berada dalam hospital.

Dia berkongsi bagaimana dirinya dan anak-anak menyediakan persiapan raya di IKN iaitu menukar cadar, menyapu minyak panas, siapkan baju baru dan menyusun segalanya untuk menyambut Aidilfitri bersama.

Namun, harapan itu tidak kesampaian apabila keadaan suaminya dilaporkan semakin merosot. Oksigen menurun dan berlaku jangkitan dalam darah, menyebabkan situasi bertambah kritikal.

Jenazah dikebumikan di Sungai Buloh

kiah propa

Kiah mengesahkan suaminya telah meninggal dunia di IKN Putrajaya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana Utama, Sungai Buloh sebelum waktu Zohor.

Mohamad Nazri bin Ismail suami saya baru sahaja meninggal dunia… Akan ditanam di Saujana Utama Sungai Buloh insyaAllah sebelum Zohor….

Rata-rata pengikut media sosial memberikan kata-kata semangat dan doa agar Kiah serta keluarga diberikan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

kiah propa

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Kiah Propa


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas