Connect with us

Oh! Media

Bekas Suami Hidap Kanser, Kiah Propa Kahwin Semula Sebab Nak Jaga Tanpa Batasan Aurat

Ohmedia kiah Propa

Oh! Artis

Bekas Suami Hidap Kanser, Kiah Propa Kahwin Semula Sebab Nak Jaga Tanpa Batasan Aurat

Siapa tidak kenal, pelakon dan usahawan Kiah Propa, yang pernah popular satu ketika dahulu.

Terbaru, Kiah kembali menjadi tumpuan ramai apabila berkahwin semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, selepas lapan tahun berpisah.

Rata-rata netizen memuji pengorbanan yang dibuat Kiah selepas mendapat tahu cerita sebenar di sebalik pernikahannya bersama bekas suami.

IKLAN

Bekas suami sakit kanser, Kiah Propa nak jaga

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah, atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, berkongsi bahawa Nazri telah lama menyatakan hasrat untuk bernikah semula dengannya.

Namun, Kiah yang selesa hidup sendiri menolak permintaan itu pada awalnya.

Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa. Masa tu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup sorang tapi jodoh aku dengan dia panjang pula. Kali ini dia sakit aku terima dia InsyaAllah sebab aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Nah jadi pengantin kau duda. Permintaan dia sebelum menutup mata. Doakan kami.

Hati pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini akhirnya terbuka apabila Nazri kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Menurut Kiah, keputusannya untuk menerima kembali Nazri sebagai suami adalah atas niat yang tulus.

#OhmediaNasihat

Kisah Kiah Propa ini menunjukkan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang penuh kejutan. Kadang-kadang, cinta yang terputus boleh kembali bertaut dengan keikhlasan dan niat yang baik.

Dalam apa jua hubungan, pengorbanan dan keprihatinan mampu menyembuhkan luka lama. Hargailah insan-insan tersayang selagi mereka masih ada.

Ohmedia kiah Propa

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok Kiah Propa


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas