Connect with us

Oh! Media

Suami Isteri Cemas Akibat Terperangkap, Hasrat Memancing Terbatal Selepas Jeti Tiba-Tiba Runtuh

Trending

Suami Isteri Cemas Akibat Terperangkap, Hasrat Memancing Terbatal Selepas Jeti Tiba-Tiba Runtuh

Disaat kita merancang untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga, kita disarankan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita. Ini kerana, perkara yang tidak diingini pasti boleh berlaku sewaktu kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Budak Lelaki Dirakam Cium Dan Raba Penunggang Motosikal Wanita Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Merah

Itulah yang terjadi kepada sepasang suami isteri yang berhasrat untuk memancing tetapi terpaksa membatalkan perancangan mereka itu.

Jeti runtuh secara tiba-tiba

Pasangan suami isteri itu berdepan satu detik cemas apabila mereka terperangkap di hujung jeti selepas jeti berkenaan runtuh secara tiba-tiba.

Menurut Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor yang memuatnaik hantaran di Facebook, mereka bergegas ke lokasi kejadian di Teluk Ketapang, Pangkor selepas menerima aduan mengenai pasangan suami isteri yang terperangkap di jeti berkenaan.

Operasi menyelamat pasangan suami isteri berkenaan dijalankan dengan menggunakan tangga ketika air surut.

Motor kena tinggal lah jawabnya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Pihak Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor yang berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri berkenaan.

Kredit: Facebook Bbp Pulau Pangkor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas