Connect with us

Oh! Media

Wanita Terkejut Tahi Lalat Semakin Membesar, Rupanya Menghidap Kanser Kulit

Tahi Lalat Kanser

Oh! Tidak

Wanita Terkejut Tahi Lalat Semakin Membesar, Rupanya Menghidap Kanser Kulit

Tahi lalat merupakan tompokan hitam kecil atau besar yang berada di seluruh badan kita tidak kiralah dimuka ataupun anggota badan. Ia juga dikatakan sebagai pemanis tambahan pada wajah walaupun tidak ramai orang menggemari kewujudannya.

Tetapi, berjaga-jagalah jika tahi lalat semakin membesar kerana sebuah kejadian yang berlaku di London, seorang wanita bernama Megin Davies tidak menyangka perubahan pada tahi lalatnya merupakan kesan daripada kanser kulit.

Memetik pada laporan Metro.uk, Megin memang mempunyai tahi lalat di bahagian kiri pipinya dan selepas mengandungkan anak keempatnya, dia berasa hairan tahi lalatnya semakin membesar 3 kali ganda daripada saiz asal.

IKLAN

Pada awalnya, dia menyangka ia cumalah perubahan hormon, tetapi dia mendapat nasihat daripada seorang doktor gigi untuk berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan terhadap tahi lalatnya.

Selepas pemeriksaan dilakukan, wanita berusia 40 tahun itu berasa terkejut dan sedih kerana disahkan menghidap melanoma tahap dua pada Februari lalu iaitu setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Bella-Reign.

Ia adalah hormon kehamilan yang mempercepatkan lagi pertumbuhan sel kanser. Saya tidak tahu itu boleh berlaku jadi saya sangat terkejut.

Saya bukan orang yang gemar bersiar-siar, saya tidak berjemur dan ketika saya masih muda, saya hanya tinggal di rumah kerana saya seorang pemain permainan video.

Saya tidak pernah menyangka menghidap kanser kulit disebabkan tahi lalat kecil ini di pipi sepanjang hidup saya.

Sei 79544920
Keadaan muka Megin selepas melakukan pembedahan

Walaubagaimanapun, wanita yang berasal daripada Brisbane, Australia itu telah menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat serta kulitnya sehingga menyebabkan kesan parut di mukanya selebar 3 cm dan panjang 12cm bagi mengelak kanser merebak.

Kredit: Metro.uk, Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Ketua Penulis Editorial
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas