Connect with us

Oh! Media

Starbucks Didenda RM225 Juta, Pelanggan Melecur Teruk Selepas Minuman Panas Tumpah

starbucks

Trending

Starbucks Didenda RM225 Juta, Pelanggan Melecur Teruk Selepas Minuman Panas Tumpah

Seorang pelanggan Starbucks di California, Michael Garcia, mendapat pampasan sebanyak RM225 juta (US$50 juta) selepas minuman panas yang diberikan pekerja kepadanya tertumpah, menyebabkan kecederaan serius.

Insiden itu berlaku di laluan pandu lalu pada 8 Februari 2020, apabila salah satu minuman yang diterima tidak ditutup dengan betul. Akibat kejadian itu, Garcia terpaksa menjalani cantuman kulit serta beberapa prosedur lain pada alat kelaminnya.

IKLAN

Starbucks didakwa gagal pastikan keselamatan pelanggan…

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan pada tahun yang sama, Starbucks didakwa gagal memastikan penutup minuman dipasang dengan sempurna.

Michael Parker, peguam yang mewakili Garcia, menjelaskan bahawa anak guamnya sedang mengambil tiga minuman ketika salah satu daripadanya tidak dimasukkan dengan betul ke dalam dulang pembawa.

Apabila barista menyerahkan pesanan kepada Garcia, minuman itu jatuh dan tertumpah ke atasnya.

Ganti rugi yang diberikan kepada Garcia meliputi kesakitan fizikal, penderitaan mental, kehilangan keseronokan hidup dan tekanan emosi.

Starbucks cuba buat rayuan…

Starbucks bagaimanapun tidak berdiam diri dan berhasrat untuk mencabar keputusan mahkamah.

Menurut jurucakap Starbucks, syarikat itu tetap komited terhadap piawaian keselamatan tertinggi di semua cawangan mereka, termasuk dalam pengendalian minuman panas.

Kami bersimpati dengan Encik Garcia, tetapi kami tidak bersetuju dengan keputusan juri yang mengatakan kami bersalah atas kejadian ini dan percaya ganti rugi yang diberikan adalah berlebihan.

#ApaKataOhmedia

Kes ini memang membuka mata tentang kepentingan keselamatan dalam penyediaan makanan dan minuman. Kalau betul kesilapan berlaku, Starbucks wajar bertanggungjawab. Tapi jumlah ganti rugi tu agak besar juga woo….

starbucks

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: New Straits Times


Kongsikan artikel ini:

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas