Connect with us

Oh! Media

SPRM Tahan Wartawan Lelaki Ini Terkait Dalam Kes Rasuah!

Copy of Untitled Design   1

Trending

SPRM Tahan Wartawan Lelaki Ini Terkait Dalam Kes Rasuah!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang wartawan portal berita dalam talian malam tadi atas kes rasuah.

Menurut laporan Kosmo, wartawan lelaki itu ditahan di sebuah hotel di Shah Alam sekitar jam 11.30 malam selepas dipercayai menerima wang tunai RM20,000 daripada seorang ejen pekerja warga asing dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

SPRM sahkan penahanan wartawan

Sprm

Menurut Azam, penahanan itu tidak berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh wartawan tersebut, tetapi hasil siasatan ke atas transaksi kewangan yang mencurigakan.

IKLAN

Ditahan reman hingga Selasa

Pdrm

Suspek yang tiba di Mahkamah Majistret pagi tadi dengan tangan bergari memakai baju lokap SPRM, diiringi pegawai penyiasat untuk permohonan reman.

Majistret Baveniyah R Jothi membenarkan perintah reman sehingga Selasa bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.

SPRM menegaskan bahawa siasatan akan dijalankan secara adil tanpa mengira status atau profesion individu yang terlibat.

#ApaKataOhmedia

Rasuah adalah jenayah yang boleh menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap kewartawanan dan integriti berita. Wartawan seharusnya menjunjung etika dalam menjalankan tugas tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau kewangan.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas